IPOH 16 Dis. – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti kerana beliau telah dipilih secara sah oleh para perwakilan pada pemilihan UMNO Jun lalu. Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, adalah tidak adil sekiranya terdapat segelintir pemimpin mahupun ahli UMNO menuding jari serta mendesak Ahmad Zahid untuk melepaskan jawatannya, semata-mata kerana beliau masih…