KUALA LUMPUR 27 Dis. – Tidak semua kepemimpinan tertinggi Pas bersetuju dengan pendapat Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah semalam yang melihat UMNO tiada lagi masa depan dan parti itu perlu dibubarkan. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, UMNO masih relevan sebagai parti teras dalam politik tanah air, khususnya sebagai pembangkang. Kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu, UMNO perlu terus diperkasakan strukturnya bagi membolehkan parti tersebut menyuburkan amalan…










