UMNO masih kuat, tidak perlu bergantung dengan sesiapa - Azlan Man - Utusan Malaysia

UMNO masih kuat, tidak perlu bergantung dengan sesiapa – Azlan Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 27 Dis. – UMNO tidak perlu bergantung dengan sesiapa kerana parti itu masih kuat dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan kemenangan milik mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

DATUK SERI AZLAN MAN
DATUK SERI AZLAN MAN 

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau percaya, kepemimpinan UMNO yang diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan yang menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden pada masa ini akan mengembalikan kekuatan parti meskipun diserang daripada pelbagai sudut.

Justeru, katanya, UMNO boleh bergerak sendiri tanpa perlu mengharap kepada mana-mana parti lain untuk membantu.

“UMNO sentiasa jelas dengan objektifnya dan jika dilihat, Mohamad Hasan yang kini menjalankan kerja-kerja Presiden parti sudah mengumumkan strategi bagi menghadapi PRU-15.

“Jadi kita akan bekerja keras ke arah itu meskipun kini cabaran yang dihadapi parti begitu besar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, beberapa media memetik kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland melaporkan bahawa Pas menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.

Kata Abdul Hadi, gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan.

Mengulas lanjut, Azlan berkata, UMNO perlu fokus kepada strategi yang diumumkan Mohamad baru-baru ini dalam memastikan UMNO kekal relevan dan menjadi harapan rakyat.

“Jadi buat masa ini UMNO baik di peringkat Pusat dan negeri perlu fokus dengan hala tuju baru bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×