KOTA BHARU – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi Che Ahmad kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan UMNO sudah tiada masa depan dan wajar dibubarkan.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, ketika PAS sendiri dilanda masalah dahulu dengan sebahagian besar pemimpinnya, UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang komen negatif malah turut memberi sokongan.
“Suatu ketika dahulu PAS bergelut dengan ‘jaguh-jaguh’ mereka sendiri seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Datuk Salahuddin Ayub tetapi UMNO tidak memberi komen negatif malah terus menyokong agar PAS terus relevan.
“Kita tidak pernah hina atau perli PAS termasuk di dalam Dewan Negeri walaupun ‘dihentam’ dengan secukupnya oleh Datuk Husam Musa. UMNO mengambil sikap berdiam diri dan mesra dengan PAS,” katanya.
Md. Alwi berkata kenyataan yang dikeluarkan okeh Mohd Amar itu sebenarnya cukup ‘baik dan ikhlas’,” katanya dengan nada sinis. – Bernama










