JOHOR BAHRU – Akibat menunggang motosikal secara melawan arus, seorang lelaki maut apabila kenderaannya itu bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di susur Taman Nusa Idaman, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Iskandar Puteri hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan mangsa, G.Siritar, 35, yang bekerja sebagai kelindan lori di Singapura, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah…










