PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerahi Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni bagi Bidang Kepimpinan Sosial, Keusahawanan dan Politik daripada Rangsit University, Thailand semasa lawatan beliau selama dua hari ke negara itu mulai esok. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya hari ini berkata, ijazah itu akan disampaikan oleh Presiden Rangsit University, Dr. Arthit Ourairat pada Ahad (16 Disember). “Penganugerahan ijazah itu oleh Rangsit University adalah sebagai pengiktirafan…