Tun Mahathir bertemu persatuan pengusaha stesen minyak esok - Utusan Malaysia

Tun Mahathir bertemu persatuan pengusaha stesen minyak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka bertemu Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) esok untuk membincangkan pengumuman Putrajaya mengenai sistem apungan harga minyak secara mingguan. 

Perdana Menteri berkata, perbincangan itu akan memberi tumpuan tentang bagaimana untuk mengatasi kebimbangan PDAM selepas sistem apungan harga minyak secara mingguan bermula pada Selasa.

“Ya, mereka datang berjumpa, kita akan berbincang dengan mereka dan kita sedang cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Saya akan berbincang dengan mereka esok jika mungkin dan kita akan berusaha mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” kata beliau kepada media selepas penutupan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2019, harga bahan api termasuk RON 95 akan mula diapungkan secara mingguan. 

Pengumuman itu mendorong PDAM menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar komisen bagi jualan bahan api untuk anggotanya bagi menampung kos operasi yang dijangka meningkat berikutan penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN