PULAU PINANG 6 Dis. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan alam sekitar, Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) mencadangkan sebuah mahkamah khas alam sekitar ditubuhkan di Semenanjung bagi membicarakan kes-kes jenayah membabitkan alam sekitar. Penasihatnya, Yan Lee berkata, mahkamah seumpama itu sebelum ini pernah diperkenalkan di Sabah dan Sarawak oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum pada 2015. “Ketika memperkenalkan mahkamah khas ini Richard merupakan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah…










