WASHINGTON 21 Dis. – Kepemimpinan Donald Trump dilihat tidak lekang daripada krisis demi krisis sejak pemimpin itu mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu. Bagaimanapun, semalam merupakan hari kemuncak yang menguji sokongan pemimpin senior Republikan di bangunan Capitol dekat sini. Setiausaha Pertahanan, James Mattis, tokoh yang sangat disegani dan berpengaruh, menyerahkan peletakan jawatan setelah berselisih pendapat dengan Trump mengenai dasar luar negara dalam satu mesyuarat di White…










