Trump ancam tutup sempadan selatan AS - Utusan Malaysia

Trump ancam tutup sempadan selatan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menutup sempadan selatan AS sekiranya Kongress tidak bersetuju untuk memberikan dana USD$5 bilion (RM20.8 bilion) untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.

“Kita terpaksa menutup keseluruhan sempadan selatan sekiranya Demokrat tidak mahu memberi dana untuk pembinaan tembok dan mengubah undang-undang imigresen yang tidak masuk akal yang membebani negara,” katanya dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Sempadan AS-Mexico sepanjang 3,200 kilometer, merupakan antara laluan paling sibuk di dunia melibatkan pelbagai kegiatan termasuk perdagangan setiap hari yang mampu menjana hampir setengah trilion dolar. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×