SHAH ALAM 14 Dis.- Semua jenis topi keledar dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk untuk kegunaan sendiri diwajibkan mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengguna motosikal yang menggunakan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM). Menurutnya, langkah tersebut diambil berikutan korban nahas jalan raya pada setiap tahun melibatkan 60 hingga 65 peratus…