KUALA LUMPUR 28 Dis. – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa atas menyiarkan artikel mengandungi tohmahan ke atas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu akan mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan tersebut. Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam Md. Yunos Shariff yang mewakili Rafizi, 41, ketika sebutan kes bagi lantikan peguam baharu di Mahkamah Majistret di sini hari…










