JOHOR BAHRU 13 Dis. – Tindakan pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti beramai-ramai kelmarin perlu dijadikan pencetus pembaharuan yang sangat didambakan ahli UMNO dan orang Melayu. Justeru Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk berubah dan bangkit kembali parti itu tidak boleh terus berdolak-dalik serta hidup dalam penafian. “Kepimpinan, hala tuju serta pemulihan parti mesti menjadi agenda yang diterjemahkan secara tegas dan serius. “Malah kita mesti dengan…