Penjimatan BUDI95 kecil, tidak beri kesan kepada kedudukan fiskal negara - Afnan Hamimi

Penjimatan BUDI95 kecil, tidak beri kesan kepada kedudukan fiskal negara – Afnan Hamimi

BUDI95
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyifatkan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) hanya mampu memberikan penjimatan kecil kepada kerajaan yang tidak memberi kesan kepada kedudukan fiskaL negara

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi  Taib Azamudden berkata, pada mula diperkenalkan, skim itu digembar-gemburkan mampu menjimatkan RM16 bilion setahun.

Naamun katanya, angka itu merosot kepada RM8 bilion, dan akhirnya tinggal hanya sekitar RM2 hingga RM4 bilion.

“Penjimatan kecil ini langsung tidak memberi kesan bermakna kepada kedudukan fiskal negara. Malah boleh menjadi beban baharu sekiranya harga minyak dunia terus meningkat kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi,” ujarnya dalam kenyataan.

Menurutnya, agihan subsidi itu jelas tidak adil kerana golongan T20 dan pemilik kereta mewah tetap menerima manfaat sama seperti rakyat marhaen yang hanya menggunakan motosikal atau kereta kecil, malah pengguna pengangkutan awam tidak mendapat sebarang faedah.

“Ini menjadikan BUDI95 bersifat regresif dan bercanggah dengan semangat keadilan sosial,” bidasnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, kuota 300 liter sebulan juga tidak menyelesaikan masalah asas, walaupun mencukupi bagi kebanyakan pengguna, kerana ia memberi isyarat songsang, iaitu lebih banyak guna, lebih banyak subsidi.

“Matlamat sebenar mengurangkan penggunaan petrol, kesesakan jalan raya, serta pencemaran alam tidak tercapai,” katanya.

Beliau juga berkata, rakyat dibebankan dengan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan pemegang lesen yang gagal diperbaharui lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi.

“Keputusan ini hanya menambah beban teknikal kepada rakyat sedangkan subsidi minyak adalah soal keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata, skim itu tetap membuka ruang luas kepada ketirisan kerana kuota besar mudah disalahgunakan termasuk dijual semula atau digunakan bagi kenderaan syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN