SEREMBAN 28 Dis. – Sebanyak tiga unit pangsapuri tidak berpenghuni di Bandar Universiti Teknologi Lagenda, Mantin dekat sini terbakar hari ini dipercayai angkara perbuatan khianat. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Mohd. Hidayat Basly berkata, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1.40 petang tadi. “Tiga unit pangsapuri itu terletak di dua blok berlainan. Kediaman itu tidak berpenghuni dan hanya terdapat perabot usang serta sampah sarap di dalamnya. “Kebakaran dipercayai…










