Tiga remaja sesat daki Bukit Larut berjaya diselamatkan - Utusan Malaysia

Tiga remaja sesat daki Bukit Larut berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 30 Dis. – Tiga remaja lelaki yang sesat di dalam hutan semasa mendaki Bukit Larut, berjaya ditemukan dalam operasi pencarian oleh anggota bomba bersama pihak polis hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 2.35 petang.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, kita berjaya menghubungi mangsa yang berumur antara 14 hingga 16 tahun melalui talian telefon.

“Mangsa memaklumkan bahawa mereka telah tersasar dari laluan trekking di dalam hutan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kesemua mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan keletihan kira-kira pukul 5.19 petang pada ketinggian 900 meter di Kilometer (KM) 8 bukit tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN