Tiga beradik dikhuatiri lemas di Dungun - Utusan Malaysia

Tiga beradik dikhuatiri lemas di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 30 Dis. – Tiga beradik dikhuatiri lemas dalam tragedi menyayat hati di Pantai Sura, berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura di sini lewat petang ini.

Kesemua mangsa ialah Nurain Fatma Zawawi, 10; Nurain Sofia Zawawi, 8, dan Nurain Salsabila Zawawi, 6.

Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, sebelum kejadian, Nurain Sofia dan adiknya, Nurain Salsabila dikatakan pergi ke

pantai sambil bersantai bersama ibu saudara mereka kira-kira pukul 6.40 petang.

Menurutnya, pada ketika itu ombak terlalu besar sebelum menarik dua beradik berkenaan ke tengah laut.

Kata beliau, melihatkan keadaan itu, Nurain Fatma bertindak nekad untuk menyelamatkan dua adiknya namun di sebabkan ombak terlalu kuat, kesemua tiga beradik itu dihanyutkan ke tengah

sebelum hilang.

Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan melibatkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×