Tiga angkasawan selamat mendarat - Utusan Malaysia

Tiga angkasawan selamat mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 21 Dis. – Tiga angkasawan selamat mendarat di bumi selepas berlaku kebocoran udara dan kerosakan set roket yang membawa mereka di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), semalam.

Portal Times Now News melaporkan, menurut Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos), pesawat angkasa Soyuz yang membawa Alexander Gerst dari Agensi Angkasa Eropah, Serena Aunon-Chancellor dari Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) dan Sergey Prokopyev dari Roscosmos, ISS mendarat dengan selamat di Kazakhstan, kira-kira 140 kilometer di tenggara bandar Dzhezkazgan.

Mereka menyentuh bumi pada pukul 8.02 waktu tempatan, iaitu satu minit lebih awal selepas 197 hari berada di ISIS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN