IPOH 24 Dis. – Selepas beberapa pemimpin DAP menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendesak P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kini giliran Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari pula menegur Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu. Abdul Aziz menyifatkan desakan Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu sebagai tidak wajar kerana seorang menteri tidak…










