DUNGUN 31 Dis. – “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Demikian luah Zawawi Abd Wahad, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini. “Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi semalam (Ahad) selepas menghantar…










