Tidak boleh hanya buka mata, telinga - Utusan Malaysia

Tidak boleh hanya buka mata, telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – UMNO tidak boleh sekadar membuka mata dan telinga ketika ramai dalam kalangan ahli Parlimen parti tersebut keluar dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Tindakan 17 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan desakan pelbagai pihak supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden parti perlu dilihat secara serius dengan kadar segera.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Khaidhirah Abu Zahar berkata, situasi yang berlaku itu cukup mengecewakannya dan menyebabkan ramai ahli di peringkat akar umbi marah, justeru usaha memulihkan parti tidak lagi boleh dipandang enteng.

“Ya, memang Presiden ada menunjukkan tujuh teras dan 21 langkah dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu tapi implikasinya tak berapa jelas ke peringkat akar umbi, hendak melaksanakannya apatah lagi.

“Sepatutnya malam ini ada mesyuarat MT UMNO tapi ditunda, tak tahu sebab apa dan memang menjadi tanda tanya kerana dalam waktu kritikal ini, jalan penyelesaian perlu dinyatakan sejelas-jelasnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×