KUALA LUMPUR 12 Dis. – UMNO Sabah tidak akan terbubar dan dijamin terus kekal walaupun terdapat ramai pemimpin serta ahli-ahlinya bertindak keluar parti. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO negeri itu. Katanya, UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO. “Saya percaya dokongan…