Tiada lagi monopoli import gula - Utusan Malaysia

Tiada lagi monopoli import gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya telah menghapuskan monopoli import gula di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, pengilang Makanan dan Minuman (F&B) di negara ini kini boleh memohon permit import untuk gula.

Beliau berkata, salah seorang pengeluar F&B di Sarawak berjaya mendapatkan permit untuk mengimport gula, sambil menambah bahawa ini adalah usaha kerajaan baharu untuk menamatkan monopoli dalam beberapa sektor di negara ini.

“Kerajaan Persekutuan yang baharu berpendapat bahawa monopoli adalah tidak baik untuk ekonomi negara dan oleh itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna secara serius sedang mengkaji perniagaan ini yang dimonopoli oleh kumpulan atau individu tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Chieng Jen berkata, melalui dasar terbuka, ia akan memberi manfaat kepada penggilang F&B di negara ini khususnya di Sarawak dan Sabah kerana mereka kini boleh mengimport gula halus secara terus dari luar negara dengan harga lebih rendah berbanding dasar terdahulu apabila hanya dua syarikat di Semenanjung diberi permit untuk mengimport gula mentah dan menapisnya di negara ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×