KUALA LUMPUR 27 Dis. – Seorang pekerja warga Indonesia terpaksa menanggung sakit selama lebih setengah jam apabila kakinya tersangkut di dalam mesin pengisar barangan plastik kitar semula di kilang tempatnya bekerja di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih tengahari tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 11.40 tengah hari sebelum mengejarkan 15 pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi, Zainal Elias…










