Terhimpit dengan arus pembangunan - Utusan Malaysia

Terhimpit dengan arus pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
APABILA disebut nama Kampung Seberang Jambatan Kereta Api, mungkin ramai yang tertanya-tanya dan tidak pernah tahu mengenai kewujudannya. Terletak berhampiran jalan kereta api dan di pinggir bandar Mentakab di Temerloh, menyaksikan kampung itu terus dihimpit arus pembangunan.

Tanpa jalan raya dan jambatan yang baik menyebabkan masa depan serta survival kampung yang wujud sejak merdeka itu menjadi samar. Wartawan Utusan Malaysia, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN mengupas permasalahan penduduk di situ.

TEMERLOH 3 Dis. –  Dalam kerancakan arus kemajuan negara, Kampung Seberang Jambatan

N. ANAMALAI
N. ANAMALAI 

Kereta Api yang terletak berhampiran bandar Mentakab di sini semakin terhimpit dan terasing apabila ‘terkepung’ dengan pembangunan ladang kelapa sawit serta

sungai.

Kampung yang diduduki lebih 30 keluarga itu mungkin satu-satunya kawasan pinggir bandar di negara ini yang tidak memiliki jalan utama untuk laluan penduduk ke bandar.

Keadaan berkenaan menyaksikan penduduk di situ tidak bebas keluar dan masuk dengan menaiki kereta apabila hanya boleh menggunakan laluan ladang kelapa sawit sebuah syarikat setakat pukul 6 petang.

Malah, pada musim tengkujuh jalan ladang berkenaan se­ring dinaiki air menyebabkan­nya tidak dapat dilalui sekali gus menjadikan jambatan di tepi kereta api sebagai satu-sa­tunya laluan yang ada.

Seorang penduduk, N. Anamalai, 53, berkata, penduduk terpaksa menggunakan jambatan di tepi rel kereta api yang merentasi Sungai Semantan untuk keluar khususnya ke bandar Mentakab.

“Pengunaan jalan ladang dihadkan sehingga pukul 6 petang sahaja. Laluan berkenaan juga jauh iaitu mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke bandar Mentakab berbanding hanya lima minit menggunakan jambatan kereta api.

N. KUPPAMMAL
N. KUPPAMMAL 

“Pada masa ini laluan utama kami adalah melalui jambatan di tepi rel kereta api ini walaupun laluan berkenaan sudah uzur dan pelbagai risiko terpaksa kami tanggung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, N. Kuppammal, 49, berkata, ketiadaan laluan utama meresahkan penduduk khususnya ketika berlaku kecemasan.

Walaupun hampir dengan hospital, katanya, ketiadaan jambatan biasa menyebabkan ambulans terpaksa menggunakan jalan yang jauh melalui ladang sawit.

“Ketiadaan jambatan menyebabkan seorang saudara saya yang mengalami sesak nafas meninggal dunia kerana lambat dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN