USAHA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan Food Bank Malaysia merupakan suatu perkara yang sangat baik dan wajar disokong sepenuhnya rakyat negara ini. Idea asasnya adalah memanfaatkan lebihan makanan yang masih elok, namun tidak lagi boleh dijual atas faktor-faktor tertentu untuk disampaikan kepada golongan memerlukan. Biarpun kita agak lambat bermula, namun itu lebih baik daripada terus berdiam diri tidak berbuat apa-apa kerana isu pembaziran makanan bukanlah…










