LONDON 22 Dis. – Tentera British menyerbu kapal kargo Itali, Grande Tema bagi mengawal semula keadaan selepas kru diancam penumpang gelap ketika melalui pantai tenggara England semalam. Kru kapal dikatakan telah mengurung diri mereka di ‘bridge’ kapal untuk keselamatan. Menurut akhbar The Sun, jurucakap operator bot, Grimaldi Lines memberitahu mereka diselamatkan oleh pasukan elit tentera laut, Perkhidmatan Bot Khas. “Kejadian ini melibatkan empat penumpang gelap yang mengancam kru kapal,” katanya.…










