SHAH ALAM – Para pemain skuad Gergasi Merah digesa mengubah mentaliti mereka daripada juara tempatan kepada Juara Asia sebagai satu peringkat baharu dalam pencapaian bola sepak Selangor. Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pemain khususnya tidak boleh terus dibuai sejarah lama berikutan peminat mahu lebih daripada itu. “Peminat mahu kita menjadi juara Asia, jadi kita mesti berfikiran lebih jauh dan menuju ke…