BEBERAPA kuntum bunga telang yang dipetik dari rumah jiran itu dimasukkan ke dalam mesin pengisar bersama air secukupnya. Punat pada mesin kisar itu kemudian ditekan Zainah Zainudin, 56, pada tahap sederhana bagi memastikan bunga telang hancur sebati. Hasil kisaran itu kemudian diperah pada penapis hingga tinggal hampas. Air yang ditadah pada mangkuk kecil itu kemudian dimasukkan ke dalam periuk nasi bersama beras sebelum ditanak menjadi nasi. Itulah proses yang dilakukan…