Kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi serta perlakuan yang terhad dan berulang bagaikan berada di dunia mereka sendiri membuatkan kanak-kanak autisme tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain. Hakikatnya, kanak-kanak dan remaja autisme mempunyai perlakuan yang sama dengan golongan normal. Salah satunya ialah perilaku seksual iaitu segala bentuk tingkah laku yang didorong oleh hasrat seksual sama ada sesama jenis atau lawan jenis apabila meningkat remaja. Masalah perilaku seksual turut menimpa remaja…










