KUALA LUMPUR 10 Dis. – Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi kecoh apabila berlaku pertikaman lidah membabitkan barisan pembangkang dan penyokong kerajaan selepas keputusan membenarkan Datuk C. Sivarraajh (BN-Cameron Highlands) menyertai semula sidang Dewan. Kekecohan berlaku ketika persidangan disambung pada pukul 2.30 petang, dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang mendesak RSN Rayer (PH-Jelutong) memohon maaf kepada Sivarraajh. Ini ekoran tindakan Rayer pada 5 Disember lalu mempersoalkan kehadiran Sivarraajh dalam sidang Dewan Rakyat…










