Sultan Johor kesal pihak sebar berita palsu - Utusan Malaysia

Sultan Johor kesal pihak sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Dis. – Sultan Johor kesal dengan berita palsu yang kini tular dalam media sosial mengaitkan baginda dengan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita palsu tersebut.

“Suka saya ingatkan kepada semua, pada masa sekarang terdapat banyak berita palsu tersebar di laman media sosial.

“Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya,” titah baginda kepada Royal Presa Office (RPO) hari ini.

Sultan Ibrahim kini berada di Jepun atas lawatan peribadi baginda ke negara tersebut.

Sebelum ini tersebar dalam media sosial bahawa Sultan Johor akan turut menyertai perhimpunan tersebut esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN