ERAT. Seramai 70 peserta Taska Cattleya Puncak Jalil mengadakan Program Sukaneka di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengusaha Taska, Fadhili Fathil berkata, program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa dan kanak-kanak di taska tersebut.
Menurutnya, program ini dijalankan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum dan menyemai erat silaturahim dalam kalangan kanak-kanak, guru dan ibu bapa.
Selain itu, acara tersebut juga dapat membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan semua peserta.










