ALOR SETAR 6 Dis. – Tindakan pengendali laman sosial Facebook Mukhriz Mahathir FC yang memadam status undian mengenai keperluan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 diadakan atau sebaliknya menimbulkan tanda tanya dan perdebatan dalam kalangan netizen. Undian tersebut yang dibuka pada pukul 8.30 pagi tetapi dipadam semula kira-kira pukul 4 petang itu mendapati sebanyak 84 peratus bersetuju perhimpunan itu diadakan manakala 16 peratus tidak…










