PUTRAJAYA 15 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya telah menerima perakuan mahkamah yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei lalu terbatal. “Perakuan itu mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sehingga tamat tempoh rayuan semalam, tiada sebarang rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan…