Solat jemaah pembuka pra perhimpunan #DaulatHimpunan812 - Utusan Malaysia

Solat jemaah pembuka pra perhimpunan #DaulatHimpunan812

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Pra perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 yang sedang berlangsung malam ini di Dataran Medan Selera Wira Damai, Gombak dekat sini dimulakan dengan solat Isyak dan solat hajat secara berjemaah.

Meskipun hujan renyai, kedatangan peserta perhimpunan terus bersilih ganti demi menjayakan acara ‘pemanas badan’ sebelum perhimpunan sebenar pada keesokan hari.

Majlis pada malam ini mempertaruhkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad sebagai penceramah utama.

Para pemimpin lain yang turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya Satu Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN