GEMBIRA. Seramai 57 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kesang Dua dan Sekolah Kebangsaan Selandar, Melaka terpilih sebagai penerima bantuan pakaian dan peralatan persekolahan sumbangan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka baru-baru ini.
Menurut Penyelaras Program, Dr. Norihan Abdul Hamid, program itu bertujuan membantu menyediakan keperluan persekolahan kepada pelajar kurang bernasib baik di samping memberikan semangat kepada mereka untuk terus menimba ilmu.
“Selain memberikan keceriaan kepada mereka, ia juga dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa pelajar terlibat,” katanya.
Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pasar Raya Mydin dengan memberikan potongan harga yang istimewa kepada mereka.










