Singapura dakwa kapal kerajaan Malaysia 14 kali ceroboh perairannya - Utusan Malaysia

Singapura dakwa kapal kerajaan Malaysia 14 kali ceroboh perairannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Singapura mendakwa bahawa kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat ini.

“Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga),” kata Menteri Pengangkutan republik itu Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar kepada Bernama selepas sidang akhbar dengan media tempatan pada pukul 5 petang.

Memandangkan perkembangan provokatif baru-baru ini, Khaw berkata Singapura memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018.

“Pelebaran ini adalah dalam lingkungan Perairan Wilayah Singapura, dan menjejaki sempadan timur Had Pelabuhan Johor Bahru 1999. Warta itu berkuaskuasa hari ini,” kata Boon Wan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN