KANGAR 22 Dis. – Selepas lebih sedekad melalui musim suram, gelanggang keramat Singa Utara yang sunyi sepi sebelum ini kembali bergegar dengan kehadiran puluhan ribu penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara Perlis dan Kedah di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi. Meskipun hanya perlawanan pemanas badan, para penyokong yang hadir ke stadium bagi memberikan sokongan itu, begitu teruja untuk menyaksikan wajah baharu Perlis yang diperkuatkan ramai…










