Bimbang dan berdebar namun dalam masa sama teruja, demikian tiga gelombang perasaan yang berkocak dalam hati pelakon berkulit mulus, Uqasha Senrose saat menghitung hari untuk terbang menunaikan ibadah umrah menjelang hujung bulan ini. Ditemui pada sesi fotografi drama bersiri terbaharu lakonannya, Spanar Jaya X di Sri Pentas TV3, Bandar Utama baru-baru ini, terpampang jelas riak wajah yang agak gusar saat berbicara soal persiapannya ke Tanah Suci. Tidak langsung menafikan dirinya takut untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak cukup pengetahuan dalam soal ibadah, pemilik nama sebenar Nik Zarith Uqasha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya