SHAH ALAM 12 Dis. – Ada yang tidak senang dengan keinginan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mahu menjadikan Bandar Raya Shah Alam sebagai kawasan uji kaji bagi pilihan raya kerajaan tempatan. BORHAN AMAN SHAH Suara tersebut bukannya datang dari pembangkang tetapi oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, yang dipercayai bagi mewakili pendirian Kerajaan Negeri Selangor. “Saya berpandangan adalah wajar dan bijaksana sekiranya Menteri Wilayah Persekutuan merujuk kerajaan…