PUTRAJAYA – Ahli keluarga terdekat kepada beberapa mangsa tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menyerahkan lima serpihan yang dipercayai bahagian-bahagian tertentu daripada pesawat malang itu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam. Anthony berkata, serpihan yang kelihatan seperti panel lantai pesawat itu ditemui di tiga lokasi di Madagascar antara Disember 2016 dan Ogos lalu akan diserahkan kepada Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 untuk verifikasi segera. “Seperti yang saya nyatakan di Parlimen semalam…