JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri ditahan pagi semalam bagi membantu siasatan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa dera oleh pasangan itu di rumah mereka di Bandar Dato’ Onn dekat sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Mohd. Afzanizam Yahaya, berkata, terdahulu polis menerima laporan daripada seorang doktor dari Hospital Sultan Ismail yang merawat mangsa. “Doktor berkenaan tampil membuat laporan polis di Balai Polis…










