KUALA LUMPUR 31 Dis. – Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok. Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi maksud pindaan pewartaan itu,…










