Semak kadar baharu lesen - Utusan Malaysia

Semak kadar baharu lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 26 Dis. – Peniaga di daerah ini disaran untuk menyemak kadar lesen perniagaan mereka bermula tahun depan susulan penguatkuasaan undang-undang kecil oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT).

Yang Dipertua MDT, Ezahar Abu Sairin berkata, pindaan ke atas Undang-Undang Kecil Pelesenan Trad Perniagaan dan Perindustrian (MDT) 2017 (JPU29) itu akan membabitkan sebanyak 328 jenis perniagaan yang dijalankan.

“Kami memutuskan dalam mesyuarat pada April lalu bahawa pelaksanaan undang-undang kecil yang diwartakan sejak Julai 2017 ini akan diguna pakai bagi permohonan baharu dan pembaharuan lesen untuk tahun 2019.

“Sehubungan itu, peniaga diminta untuk menyemak kadar lesen berkaitan perniagaan, seperti mana lampiran pengumuman kadar bayaran baharu lesen 2019,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, dengan itu, kadar lesen menurut Undang-Undang Kecil Trad Perniagaan, Perindustrian dan Profesion (MDMU) 1981 (JPU 18) yang dikuatkuasakan sebelum ini turut dimansuhkan.

“Mana-mana peniaga atau orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perubahan kadar lesen ini boleh merujuk dalam portal MDT ataupun hadir ke pejabat MDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×