Selera moden eklektik di Symphony by Chef Jo - Utusan Malaysia

Selera moden eklektik di Symphony by Chef Jo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lain dari yang lain, itulah ungkapan yang tepat menggambarkan kewujudan Restoran Symphony By Chef Jo ini. Pengalamannya lebih dari empat dekad menceburkan diri dalam dunia masakan telah membawa Cef Johari Edrus, 63, yang lebih mesra dengan panggilan Cef Jo atau Papa Jo, mengusahakan perniagaan restoran bertaraf lima bintang.

Melangkah masuk ke dalam restoran yang terletak di City Mall Damansara ini, diibaratkan seperti menjejak dunia masakan Cef Jo. Restoran yang berkonsepkan dapur terbuka ini memperkenalkan hidangan moden eklektik iaitu gabungan menu dari pelbagai negara kemudiannya disatukan dan diolah menjadi satu hidangan yang cukup enak.

Di restoran inilah kini menjadi medium utama Cef Jo untuk terus berkarya tanpa sempadan. Lihat sahaja, reka bentuk moden restoran, dekorasi dan susun letak hiasan telah mewujudkan suasana santai dan relaks, ternyata Cef Jo seorang yang kreatif. Di setiap sudut meja, dihiasi dengan rempah ratus yang sudah semestinya membangkitkan aroma. Ia sebahagian terapi minda sebelum menikmati hidangan.

“Saya ingin membuktikan bahawa orang Malaysia juga mampu menyandang tugas yang setaraf dengan dunia luar. Kebolehan dan bakat kita mempunyai nilai yang sama tarafnya dengan orang Itali dan Perancis meskipun kita ini orang Melayu,” tegas bekas juri MasterChef Malaysia ini bersungguh.

Restoran Symphony yang kini semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan korporat dan VIP ini, mampu memuatkan 180 orang pelanggan di dalam satu masa.

“Jemput datang, hayatilah rasa sebenar makanan dalam suasana yang cukup mendamaikan. Di sinilah dapur yang akan menjamu anda dengan hidangan air tangan Cef Jo. Segalanya di sini,” ujarnya yang pernah merantau ke luar negara bekerja sambil menimba pengalaman di Switzerland, Zurich, Lusanne, Geneva dan Shanghai.

Gaya makanan yang disajikan menggabungkan rasa istimewa dari masakan Perancis, Swiss, Amerika, tradisional, Mediterranean, Mexico, Timur Tengah dan Asia. Cef Jo yang berpengalaman luas dalam masakan Perancis berpendapat, untuk menghasilkan hidangan yang hebat perlu ada seni, rasa dan jiwa. Tidak hairanlah hidangan seperti Mussel Asam Pedas (RM45), Musang King Gelato (RM18), Spicy Chocolate Seafood (RM58), Lamb Merguez Twister (RM48), Pitzaal Ma-Po Tofu (RM88), Oxtail Assam Pedas (RM45) dan Sweet Memories Tapai With Vanilia Gelato (RM18) antara signatur popular digemari pelanggan. Symphony by Chef Jo menawarkan lebih dari 60 menu ala carte bermula dari harga RM16.90 hingga RM200. Nikmati set Executive X’Press Lunch pada setiap hari bekerja (tidak termasuk cuti umum) dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Hidangan termasuk roti, sup (mengikut tema setiap hari), salad segar dan Symphony Rita Drink, hanya RM28++. Menu akan sentiasa bertukar memberi peluang kepada pelanggan merasai hidangan menarik pada setiap bulan.

Jika bernasib baik kunjungan anda ke Symphony akan dilayan sendiri oleh Cef Jo dan anda berpeluang melihat secara ‘live’ masakan yang bakal disajikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN