Sejarah besar bertaut UMNO, Pas di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Sejarah besar bertaut UMNO, Pas di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malam kelmarin berlangsung acara besar di Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Buat pertama kali Pas dan UMNO di atas satu pentas, ceramah isu-isu semasa yakni ceramah politik. Signifikannya ia berlaku di Kelantan. Kubu kuat Pas yang rata-rata ahlinya ‘bertikam bayang’ dengan penyokong UMNO pun tidak boleh.

Malam kelmarin juga pemimpin kedua-dua parti itu berjiwa besar. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan rakan sejawatnya daripada UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Pemuda Pas dan UMNO membawa hasrat yang sama dalam pidato masing-ma­sing. Mereka menyeru kepada seluruh penyokong kedua-dua parti Melayu terbesar itu supaya melupakan sengketa sejak 60 tahun lalu.

Mereka bertegas supaya semua tenaga dan upaya di­bulatkan kepada musuh yang sama dan satu iaitu Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang dilihat cuba mengancam kedudukan Melayu dan Islam.

Ini adalah permulaan kepada kerjasama yang le­bih erat di antara kedua-dua parti itu yang dilihat telah bermesra sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kerjasama Pas dan UMNO tidak canggung dan pelik seperti kerjasama PH. Ke­dua-dua parti itu berkongsi ideologi sama berban­ding Bersatu, DAP, PKR dan Amanah yang berbeza matlamat perjuangan.

Malah, hanya DAP dilihat memegang kuat ideologinya berbanding tiga parti lain yang kelihatan berubah-ubah demi mendapatkan kuasa.

Pas dan UMNO hala tujunya untuk Islam dan Melayu. Cuma mereka berkonflik mengenai cara melaksanakan perjuangan. Malah Pas juga dikatakan dilahirkan daripada UMNO pada tahun 1951.

Matlamat dan mimpi sama. Justeru, ICERD adalah hikmah terbesar kepada umat Melayu dan Islam mempercepatkan penyatuan dua saudara yang bermasam muka sejak lebih setengah abad.

Namun apakah kedua-dua parti itu perlu bergabung. Lelucon Annuar dalam cera­mah tersebut memberikan jawapan ini:

‘‘Ada orang kata pada ambo (saya), eh, UMNO dengan Pas nak menikah dah ke? Saya kata, mu peduli apa kita nak nikah? Tapi nak menikah apanya umur UMNO dah 72 tahun, PAS dekat 70 tahun.

‘‘Orang tua kita tak kisah hal menikah, tapi kalau berbesan ada berkira. Biar fahamlah berpolitik. Pas dan UMNO tak payah menikah. Pas duduk dengan (cara) dia, UMNO duduk dengan cara UMNO. Anak ada 14 orang, ambil seorang buat menantu. Kalau (Pas) nak dua ambil dua, nak tiga ambil tiga. Nak Kelantan ambillah, nak Terengganu satu lagi boleh ambil.’’ Dan disambut dengan sorakan orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN