Sebarang keputusan perlu dibincang - Utusan Malaysia

Sebarang keputusan perlu dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 21 Dis. – Sebarang keputusan termasuk jalinan kerjasama antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) seharusnya dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Presiden PH sebelum disebarkan kepada umum.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini kerana PH kini membentuk kerajaan campuran di peringkat Persekutuan, maka kesemua parti gabungannya mestilah sentiasa menampakkan kesamaan suara.

“Saya kira dalam keadaan sekarang ini, ramai juga buat pelbagai kenyataan (berkaitan PH) tetapi yang penting adalah kita mesti menunjukkan suara kita yang sentiasa sama.

“Pada saya, apa juga keputusan dan kenyataan (berkaitan sebarang isu termasuk kerjasama antara parti dalam PH) patut di­bincangkan dalam Majlis Presiden peringkat tertinggi,” kata­nya selepas program Jom Kembali ke Sekolah peringkat daerah Sabak Bernam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak akan teragak-agak mening­gal­kan PH jika usaha mencapai tujuan Malaysia baharu dikete­pikan.

Ketika ditanya mengenai gesaan banyak pihak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan kerana gagal mengendurkan ke­tegangan kaum ekoran rusuhan di sebuah kuil baru-baru ini, Rina berkata, desakan itu merupakan suara dan pendapat rakyat.

Terdahulu dalam program itu, Rina yang juga Menteri Pemba­ngunan Luar Bandar menyampaikan kelengkapan sekolah kepada 400 penerima dari daerah Sabak Bernam. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×