KUALA LUMPUR 4 Dis.- Malaysia mempunyai sebanyak 1.56 juta belia berusia di antara 18 hingga 20 tahun yang boleh mengundi dan ia mewakili 10 peratus daripada pengundi berdaftar sedia ada.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, melihat data berkenaan, adalah tidak adil untuk tidak menidakkan hak mereka untuk membuat keputusan memilih kerajaan secara formal.
Katanya, langkah ini bagi memastikan had umur mengundi di negara ini setara dengan piawaian antarabangsa.
“Sebagai contoh, majoriti negara Eropah, Amerika Selatan, negara-negara Arab dan majoriti negara ASEAN telah menetapkan had umur mengundi pada 16 hingga 18 tahun sejak tahun 1970-an lagi.
“Tindakan ini meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pembangunan negara dengan menggalakkan penglibatan media dalam proses demokrasi negara,“ katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (Pas- Pasir Mas) mengenai rasional kerajaan ingin menurunkan had umur pengundi kepada umur 18 tahun. -UTUSAN ONLNE










