‘Saya tidak melarikan diri’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak melarikan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Misteri kehilangan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1990-an yang didedahkan media baru-baru ini ak­hirnya terjawab selepas dia ditemui di Jalan Hang Lekiu di sini lewat malam tadi.

Bekas pemain posisi pertahanan, Salahuddin Che Rose, 49 berkata, dia tidak hilang atau menjauhkan diri sebaliknya menjalani rawatan jantung di Melaka.

“Tiga hari saya di Melaka, saya tidak pernah me­larikan diri. Selain Institut Jantung Negara (IJN), saya sering ke beberapa negeri untuk rawatan jantung secara tradisio­nal, bukan sengaja

menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, dia mengetahui perkara itu sejurus melihat gambarnya dalam akhbar berbahasa Cina.

“Ribuan teri­ma kasih kepada Utusan Malaysia kerana masih sudi menulis tentang perjalanan hidup saya walaupun berada di kaki lima.

“Sejak laporan itu Ahad la­lu, rakan-rakan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak putus-putus cuba menghubungi saya,” ujarnya.

Mengenai kenapa dia gagal dihubungi, Salahuddin menjelaskan, kad SIM te­lefonnya bermasalah sehinggakan terputus hubungan dengan ramai kenalannya

“Selepas ini, saya akan berjumpa dengan syarikat swasta, persatuan, NGO dan rakan-rakan yang pernah menghubungi untuk berbincang beberapa perkara termasuk kisah kehidupan sebagai gelandangan sementara sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) menganjurkan perlawanan amal menentang pasukan pilihan Glazo bagi me­ngutip derma untuk Salahuddin di Padang Eco Ardence, Setia Alam, Shah Alam, pukul 8 malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN